Ikuti Kami:

Keserasian Dipuji, Babak Intim Yoo Ahin & Ahn Eunjin Dalam ‘Goodbye Earth’ Tular

Keserasian Dipuji, Babak Intim Yoo Ahin & Ahn Eunjin Dalam ‘Goodbye Earth’ Tular

Setelah lama menanti, drama “Goodbye Earth” akhirnya sudah mula ditayangkan di Netflix.

Untuk yang belum tahu, “Goodbye Earth” adalah drama yang diterajui Yoo Ah-in, Ahn Eun-jin dan ramai lagi, mengikuti empat individu yang menjalani kekacauan akhir, 200 hari sebelum asteroid dijadualkan bakal berlanggar dengan Bumi.

Meskipun ia adalah drama sci-fi, penonton rata-rata terkejut melihat babak ciuman ghairah antara Yoo Ah-in dan Ahn Eun-jin dalam drama tersebut dan turut memuji keserasian mereka.

Di laman X, video intim mereka telah menarik perhatian dengan meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini.

Bagaimanapun, pasukan produksi mengumumkan bahawa kebanyakan adegan Yoo Ah-in telah disunting keluar kerana penglibatan pelakon itu dalam kes dadah.
Korang dah layan belum cerita ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...