Ikuti Kami:

“Kami Dah Tahu..” – Muat Naik Foto Sama, Kim Soohyun & Kim Jiwon ‘Kantoi’ Sedang Bercinta?

“Kami Dah Tahu..” – Muat Naik Foto Sama, Kim Soohyun & Kim Jiwon ‘Kantoi’ Sedang Bercinta?

Pelakon Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won terpalit dalam khabar angin bercinta dek gambar yang dimuat naik pada masa yang sama di media sosial.

Kelmarin, Kim Soo-hyun memuat naik 4 keping gambar di Instagram namun memadam 3 daripadanya tak lama kemudian.

Gambar tersebut diambil oleh Kim Soo-hyun di belakang tabir pertemuan peminat di Asia, namun ia kelihatan mirip dengan gambar yang dimuat naik oleh Kim Ji-won pada masa yang sama di Instagramnya sehingga menimbulkan spekulasi ‘lovestagram’.

Lebih menimbulkan sangsi apabila lelaki tersebut memadam kesemua gambar dengan gaya yang sama dengan Kim Ji-won. Meskipun menjadi bualan hangat kini namun kedua-dua agensi pelakon itu kekal mendiamkan diri dari menjawab tentang hubungan cinta mereka.

kim jiwon kim soohyun

Peminat sempat meninggalkan komen pada akaun pelakon tersebut dengan berkata, “Berhati-hati lain kali.. lagipun kami dah tahu”, “Kenapa padam tiga gambar awal tu”, dan lain-lain lagi.

Sementara itu, drama “Queen Of Tears” yang diterajui Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won telah mencapai rating tinggi dengan purata 24.9% sekaligus membuktikan populariti mereka.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...