Ikuti Kami:

Ditangkap Dating? Peminat Dedah Bukti Kim Jiwon & Kim Soohyun Sedang Bercinta

Ditangkap Dating? Peminat Dedah Bukti Kim Jiwon & Kim Soohyun Sedang Bercinta

Adakah teraju utama “Queen Of Tears” sedang menjalinkan hubungan hangat kini?

Dalam satu perbincangan terbuka, peminat mendedahkan bahawa Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won pernah bersama-sama melawat zoo ketika di Jerman.

Menurut entri bertarikh 17 Julai 2023, staf para pelakon itu telah memuat naik gambar yang ditangkap di zoo berkenaan. Pada masa yang sama, terdapat saksi yang mendedahkan di X bahawa dia terlihat Kim Soo-hyun dan 5 orang yang lain berpakaian hitam di zoo di Berlin.

Dari 5 orang ini, kemungkinan besar 2 daripada mereka ialah staf Kim Soo-hyun dan 2 lagi ialah staf Kim Ji-won manakala seorang lagi ialah Kim Ji-won sendiri.

kim soohyun kim jiwon

Dalam pada itu, peminat dari China juga ada mendedahkan ternampak Kim Soo-hyun berbelanja di kedai Carhatt di Berlin dan tidak lama kemudian, Kim Ji-won dilihat memakai topi berlogo Carhatt di lapangan terbang di Jerman sebelum berangkat ke Korea.

Bukan itu sahaja, penonton terus membuat spekulasi mengenai status hubungan mereka apabila melihat ciuman lama dan mendalam antara mereka berdua dalam klip belakang tabir “Queen Of Tears”.

Mereka berdua bercinta ke?

Kalau ya pun apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Weibo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...