Ikuti Kami:

“Gila” – Peminat Tergamam Lepas Tahu Lisa BP Bayar Sejumlah Ini Untuk Rakam MV ‘ROCKSTAR’ Di Thailand

“Gila” – Peminat Tergamam Lepas Tahu Lisa BP Bayar Sejumlah Ini Untuk Rakam MV ‘ROCKSTAR’ Di Thailand

Akhirnya, Lisa BP akan membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo tak lama lagi!

Terbaru, Lisa telah melancarkan teaser muzik video untuk lagu solonya akan datang berjudul “ROCKSTAR” yang bakal dilancarkan pada 28 Jun ini.

Meskipun hanya teaser, wanita itu telah membuktikan popularitinya apabila video itu telah berjaya mengumpul hampir 5 juta tontonan di YouTube dan lebih 60 juta tontonan di Instagram Reels setakat ini.

Melihat video yang dimuat naik, Lisa sepertinya telah merakam muzik videonya itu di Thailand termasuklah di salah satu market paling sibuk di sana, yang terletak di Yaowarat Road.

Menurut seorang peminat, ahli BLACKPINK itu telah membayar sebanyak 20,000 baht (RM2,555.30) untuk setiap pemilik menutup kedai mereka di situ, agar penggambaran dapat dijalankan. Untuk pengetahuan, Yaowarat Road dipercayai mempunyai ratusan kedai di sana.

Haa kalau nak tahu gempak ke tak gempak, nantikan muzik video penuh Lisa “ROCKSTAR” akan dikeluarkan pada 28 Jun ini jam 8 pagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...