Ikuti Kami:

Dikata Sudah Setahun Bercinta, Agensi Jihyo TWICE & Atlet Yun Sungbin Tampil Beri Respon

Dikata Sudah Setahun Bercinta, Agensi Jihyo TWICE & Atlet Yun Sungbin Tampil Beri Respon

Agensi Ji-hyo TWICE dan Yun Sung-bin telah mengeluarkan respon rasmi mereka.

JYP Entertainment serta All That Sports telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai khabar angin hubungan percintaan diantara Ji-hyo TWICE dan atlet Yun Sung-bin.

Di dalam temu bual mereka bersama dengan media, JYP Entertainment telah berkata,

Sukar untuk kami mengesahkan laporan tersebut kerana ianya membabitkan kehidupan peribadi selebriti kami. Kami harap semua akan memahami keputusan ini.

Manakala, respon dari agensi Yun Sung-bin iaitu All That Sports pula,

Yun Sung-bin bukan lagi seorang atlet yang aktif jadi ianya sukar buat kami untuk mengesahkan berita mengenai kehidupan peribadinya. Kami meminta agar anda semua dapat memahaminya.

jihyo-yun-sungbin

Terlebih dahulu, pada 25 Mac, media Korea telah melaporkan bahawa Ji-hyo dan Yun Sung-bin sudah setahun bercinta. Di mana, kedua-dua mereka dikata telah dikenalkan oleh teman rapat mereka.

Malah, ahli TWICE dan pemenang pingat emas Olimpik itu turut muncul bersama dalam rancangan MBC, “I Live Alone”.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...