Ikuti Kami:

Jihyo TWICE Dilapor Sudah Setahun Bercinta Dengan Atlet Yun Sungbin

Jihyo TWICE Dilapor Sudah Setahun Bercinta Dengan Atlet Yun Sungbin

Meriah betul dunia hiburan Korea sejak beberapa hari ini.

Menurut laporan media, Jihyo TWICE dan atlet skeleton Yun Sung-bin sedang hangat menjalinkan hubungan cinta kini.

Katanya, mereka berdua berkenalan menerusi rakan yang sama dan hubungan keduanya berubah secara semula jadi kepada hubungan romantik. Menerusi laporan itu, mereka berdua dikhabarkan sering berjanji temu di sekitar kejiranan Geumho dalam kawasan daerah Seongdong, Seoul. Mereka berdua juga tinggal tidak jauh antara satu sama lain lantas sering berjumpa di kediaman masing-masing.

jihyo yun sungbin

Yun Sung-bin juga turut dilihat memasuki kompleks kediaman Jihyo dan mereka berkelakuan seperti pasangan normal lain yang menunjukkan kasih sayang kepada satu sama lain.

Keduanya suka bersenam. Yun Sung-bin kerap memberikan nasihat kesihatan kepada Jihyo dan hubungan mereka berubah kepada jalinan romantik. Hubungan mereka bergerak pantas kerana banyak persamaan antara satu sama lain.

Nantikan maklumat lanjut mengenainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...