Ikuti Kami:

“Dia Berada Atas Daripada Undang-Undang” – Waran Tangkap Kedua Seungri Ditolak, Netizen Bengang!

“Dia Berada Atas Daripada Undang-Undang” – Waran Tangkap Kedua Seungri Ditolak, Netizen Bengang!

Disebabkan oleh pertuduhan jenayah yang berat ke atas bekas anggota BIG BANG iaitu Seungri, satu waran tangkap pernah cuba diberikan kepada lelaki itu namun ianya dikatakan tidak sah lantas penangkapan tersebut gagal dilakukan. Selepas 8 bulan daripada waran tangkap pertama diminta, kini satu lagi waran tangkap telah cuba didapatkan oleh pihak pendakawa raya tetapi nampaknya usaha itu juga turut gagal.

Pada 13 Januari, ketua hakim Song Kyungho menolak permintaan kedua waran tangkap yang diisukan oleh Pejabat Pendakwaraya Daerah Pusat Seoul. “Mengikut kandungan pertuduhan jenayah yang dibentangkan, sekali dengan peranan tertuduh, darjah penglibatan dan ruang perbincangan mengenai tuduhan tersebut, perkembangan penyiasatan, bukti terkumpul serta pelakuan tertuduh dalam memberi kerjasama semasa siasatan, agak sukar untuk mengenal pasti keperluan penahanan ini.”

waran tangkap kedua seungri ditolak

Rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mahkamah ini kerana walaupun 7 tuduhan telah dibentangkan dan diambil kira tetapi mereka masih lagi tidak meragui Seungri. Sampaikan ada yang ‘speku’ selebriti ini punyai ‘back up’ yang kuat, sebab itulah agak susah untuk menangkapnya.

“Hebatnya… Adakah ini rasanya apabila berdiri lagi tinggi daripada undang-undang?”

“Adakah ini sebuah negara?????”

“Saya ingatkan dia bakal meringkuk dalam penjara, jadi memang benarlah ada yang menjaganya.”

“Saya dah boleh agak permintaan tersebut ditolak selepas lihat dia keluar daripada mahkamah dengan senyuman.”

“Siapa yang menjaganya?”

“Bukan pendakwa raya sahaja yang perlu dibaik pulih, malahan seluruh sistem mahkamah yang perlu dirombak.”

“Pihak polis menyebelahinya, tak kisahlah berapa banyak waran tangkap yang diisukan, mahkamah akan menolak kesemuanya.”

Hairan betul melihat Seungri yang seperti ada ‘pendinding’ yang menghalangnya daripada diberkas. Nampaknya mungkin ada kuasa besar lain sedang melindunginya.

Sumber: Soompi, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...