Ikuti Kami:

Ditolak Mahkamah Sebelum Ini, Pendakwa Sekali Lagi Minta Waran Tangkap Seungri Selepas 8 Bulan

Ditolak Mahkamah Sebelum Ini, Pendakwa Sekali Lagi Minta Waran Tangkap Seungri Selepas 8 Bulan

Rasanya semua pasti ada dengar mengenai kes jenayah yang melibatkan bekas ahli kumpulan BIG BANG iaitu Seungri. Meskipun waran tangkap pernah dikeluarkan kepada lelaki itu namun ianya dikatakan tidak sah lantas penangkapan itu gagal dilakukan. Terbaru, selepas 8 bulan daripada waran tangkap pertama dikeluarkan, kini satu lagi waran tangkap telah diminta oleh pihak pendakwa bagi memberkas selebriti itu.

Menurut News1, pihak pendakwa telah meminta waran tangkap ke atas Seungri untuk 7 pertuduhan iaitu pelacuran, meminta pelacur, pencabulan akta Makanan Dan Kebersihan, penggelapan wang di bawah jenayah ekonomi dan penggelapan wang di tempat kerja. Dua lagi pertuduhan terbaru yang ditambah untuk waran tangkap kedua ini ialah menyalahi akta urus niaga luar negeri dan perjudian.

polis minta waran tangkap seungri

Seungri dikatakan telah menjalankan aktiviti pelacuran sebanyak 29 kali di antara September 2015 sehingga Januari 2016 untuk pelabur asing, menyalahi Akta Makanan dan Kebersihan kerana menguruskan perniagaan hiburannya sebagai restoran, menggunakan dana kelab Burning Sun untuk kegunaan peribadi dan berjudi di luar negara (Las Vegas).

Selepas 8 bulan tiada kemas kini terbaru mengenai kes Seungri ini, pendakwa kini akan kembali berjumpa dengan selebriti tersebut di dalam mahkamah. Tarikh bagi mendengar sama ada waran tangkap itu adalah disahkan adalah pada 13 Januari ini.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...