Ikuti Kami:

“Comelnya..” – Hubungan Mesra Barisan Pelakon ‘Queen Of Tears’ Di Parti Penutup Dipuji Peminat

“Comelnya..” – Hubungan Mesra Barisan Pelakon ‘Queen Of Tears’ Di Parti Penutup Dipuji Peminat

Hubungan diantara pelakon “Queen Of Tears” telah dipuji oleh peminat.

Pada 29 April, Jang Yoon-joo telah memuat naik satu video yang berjudul “Terima kasih buat semua yang menyokong Queen Of Tears” di media sosialnya.

Di mana, video tersebut mengandungi foto harian yang diambil oleh pelakon tersebut sepanjang penggambaran “Queen Of Tears” dijalankan, termasuk gambar mereka di parti penutup drama itu pada 28 April yang lalu.

Antara salah satu video yang ada dalam kompilasi video tersebut ialah video di mana Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun berpegangan tangan sambil memotong kek bersama di parti tersebut.

Malah, Jang Yoon-joo turut memuat naik gambarnya bersama dengan barisan pelakon lain.

Selepas video tersebut dihantar, ianya langsung tular dan rata-rata peminat juga telah memuji hubungan akrab diantara semua pelakon “Queen Of Tears”.

Komen peminat,

  • Saya tak percaya yang drama ni dah tamat.
  • Comelnya Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won potong kek sama-sama.
  • Barisan pelakon drama yang paling hebat!
  • Saya akan merindui awak semua.
  • Mesranya Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun!

Macam tak percaya yang drama ni dah tamat kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...