Ikuti Kami:

“Ceraikan Saya..” – Konon Bahagia Dalam ‘Superman Returns’, Isteri Dedah Perangai Buruk Lee Bumsoo

“Ceraikan Saya..” – Konon Bahagia Dalam ‘Superman Returns’, Isteri Dedah Perangai Buruk Lee Bumsoo

Nampaknya konflik rumah tangga Lee Yun-jin dan Lee Beom-soo semakin serius..

Terbaru, wanita itu telah meluahkan segala yang terbuku di hatinya sepanjang 14 tahun perkahwinan menerusi Instagram. Katanya, sudah 10 bulan mereka melalui proses penceraian namun Lee Bum-soo mengelak dengan tidak bersetuju untuk berpisah dengan perjanjian, mengabaikan permintaan untuk bercerai dengan persetujuan bersama selain gagal untuk mencapai kata sepakat ketika perbincangan perceraian. Wanita itu mengeluh kerana perlu melalui 2 tahun lagi kesengsaraan sekiranya hal ini dibawa ke mahkamah.

Tambahnya,

So-eul (anak perempuan) telah dihalang daripada memasuki rumah di Seoul semata-mata kerana dia memilih untuk menghadiri sekolah menengah di luar negara. Manakala saya, yang berani memohon perceraian dengan ketua keluarga, tidak boleh masuk ke rumah kecuali dengan izin dan semasa di bawah pengawasan penuh oleh ketua keluarga. Tolong, berikan saya cermin mata dan buku So-eul. Saya mempunyai astigmatisme…

lee beomsoo lee yunjin

Lanjut Lee Yun-jin lagi,

Saya tidak ada sesiapa untuk disalahkan. Saya meneruskan perkahwinan ini apabila semua orang cuba menghalang saya. Jadi saya ingin membuktikan kepada semua orang bahawa saya hidup dengan baik. 14 tahun perkahwinan saya adalah sangat berbeza daripada imej yang dianggap dalam televisyen. Walaupun begitu, saya tidak boleh menafikan bahawa terdapat momen yang bermakna. Apabila lelaki yang saya janjikan untuk menjalani kehidupan bersama menghadapi tindakan undang-undang atas sebab cukai dan dengan tuntutan awam dan jenayah lain, saya menghabiskan malam yang tidak terhitung banyaknya untuk belajar undang-undang bagi melindunginya sebagai wakil. Sambil dicampak ke sana dan sini, saya belajar banyak, dan saya bersyukur untuk itu. Saya menjadi lebih kuat sebagai individu. Memadamkan api dan membawa keluar sampah, itu adalah tugas yang harus saya penuhi dalam hubungan ini. Saya yakin saya telah melakukan sebahagian tugas saya dalam hal rumah tangga, cukup untuk membayar sewa dan memberi makan kepada ketua keluarga.

Jelas ibu kepada So-eul dan Da-eul ini,

Apabila lalui masa sukar, saya tidak ragu-ragu untuk menjual cincin kahwin dan hadiah kita. Apabila dia kelihatan seperti menghadapi masa sukar yang dia tak boleh kongsikan dengan saya, saya bekerja lebih keras. Sejujurnya, kami mengatasi kesukaran kewangan kami dengan mengosongkan akaun bank ibu bapa saya sendiri, yang akan mencecah usia 70 tahun tidak lama lagi. Tetapi sebagai balasannya, ibu bapa saya terpaksa mendengar ibu mertua saya menghina saya di hadapan mereka, mengatakan, ‘Pastikan bahawa anak perempuan awak yang jalan* berada dalam kawalan.’ Saya ingin menyimpan hinaan ‘jalan*’ itu, untuk diri saya sendiri, tetapi akhirnya, saya membiarkan ibu bapa saya mendengarnya juga. Saya melukai ibu bapa saya sendiri. Saya telah kehilangan hak untuk menghadapi mereka.

lee beomsoo lee yunjin

Lee Yun-jin juga mendedahkan pelbagai sisi buruk Lee Beom-su di mana lelaki itu dikatakan mempunyai dua kehidupan berbeza,

Hobi rahsia, semua barang berharga yang disembunyikan di sebalik bekas berkunci, beberapa telefon bimbit yang disembunyikan di dalam stokin.. dia berusaha keras untuk menipu dan mengkhianati keluarganya. Saya tidak peduli untuk mengetahui lebih lanjut. Dia telah melengah-lengahkan masa selama setahun, mengelak untuk bersemuka. Tiada sesiapa yang suka melalui proses perceraian. Dan saya pasti tiada sesiapa yang mahu mengubah 15 tahun perkahwinan kepada gosip yang ditiup angin sahaja. Sebagai isteri kepada figura awam dan sebagai ibu kepada anak-anak saya yang dikasihi, saya menjalani setiap hari hidup saya dengan mencabar batasan sendiri.

Kesiannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...