Bukan senang kan untuk pelakon kawal perasaan bila kena berlakon dalam projek genre romantik.
Terbaru dalam siaran 15 April program “Zzanbro” yang diacarakan Shin Dong-yup di YouTube, Ji Hyun-woo dan Im Soo-hyang telah tampil sebagai tetamu bagi menceritakan tentang drama mereka “Beauty and Mr. Romantic”.
Dalam episod itu, Im Soo-hyang membuat pengakuan jujur dengan mendedahkan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan rakan pelakon ketika penggambaran. Katanya,
Saya cemburu apabila rakan pelakon lelaki saya dalam drama itu mempunyai adegan ‘sweet’ dengan pelakon lain, yang berada dalam cinta tiga segi.
Jelasnya lagi,
Sebenarnya, ia sangat mengelirukan. Semasa saya terus menjalani penggambaran, saya keliru sama ada saya suka orang ini atau wataknya. Jadi, apabila saya menjalani penggambaran drama, saya bercinta dengannya dan apabila drama itu tamat, saya akhirnya menipu diri sendiri. Ada banyak kes di mana kami berpisah selepas projek itu tamat.
Dengan rakan pelakon yang mana la agaknya Im Soo-hyang terjatuh hati tu.