Ikuti Kami:

“Tarik Nafas..” – Penonton Mesti Suka, Im Soohyang Kongsi Cara Lakukan Babak Ciuman Terbaik

“Tarik Nafas..” – Penonton Mesti Suka, Im Soohyang Kongsi Cara Lakukan Babak Ciuman Terbaik

Mula berlakon sejak 2009, Im Soo-hyang sudah pun menemui penonton menerusi pelbagai karya.

Terbaru dalam rancangan YouTube Shin Dong-yup, Im Soo-hyang dan Ji Hyun-woo telah tampil sebagai tetamu bagi mempromosikan drama mereka “Beauty and Mr. Romantic”.

Menarik perhatian, dalam siaran itu, Im Soo-hyang ada berkongsi tentang cara dia melakukan adegan ciuman dalam setiap projek. Katanya,

Sebenarnya, saya mempunyai cara kegemaran saya sendiri ketika merakam babak cium.

Jelas pelakon wanita itu bersemangat,

Jadi, inilah caranya. Saya secara tidak sengaja mencium seseorang dan kemudian saya melihat orang itu selepas menarik diri. Saya berhenti sekejap, tarik nafas dan kemudian cium lagi. Penonton menyukainya.

im soohyang

Pada masa yang sama, wajah Ji Hyun-woo yang berada di sebelahnya terus bertukar merah kerana malu, membuatkan semua orang tertawa.

Amboi siap ada petua tau Im  Soo-hyang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...