Pejam celik pejam celik, sudah 6 bulan sejak Jeon So-min meninggalkan “Running Man”.
Pada Oktober 2023, agensi telah mengumumkan bahawa Jeon So-min akan tarik diri sebagai ahli “Running Man” kerana ingin fokus dalam aktiviti lain termasuklah lakonan.
Namun selepas 6 bulan berlalu, peminat sedikit kesal kerana masih tiada apa-apa berita mengenai aktiviti lakonan wanita itu dan mempersoalkan ‘kehilangannya’.
Terbaru pada 18 April, penyanyi solo Choi Jung-in mengumumkan keluaran single barunya berjudul “Witness” pada 24 April ini. Menarik perhatian, Jeon So-min akan turut mengambil bahagian dalam penulisan lirik untuk lagu tersebut bagi menyokong Jung-in.
Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama Jeon So-min terlibat dalam menulis lirik malahan sebelum ini, dia juga pernah bekerja untuk lagu Lee Ki-chan iaitu “One Room”.
Fighting Jeon So-min!