Ikuti Kami:

“BTS Ialah Hasil Dia Tiru Saya..” – Disuruh Letak Jawatan, Min Heejin Dedah Dah Lama Diplagiat Bang Sihyuk?

“BTS Ialah Hasil Dia Tiru Saya..” – Disuruh Letak Jawatan, Min Heejin Dedah Dah Lama Diplagiat Bang Sihyuk?

Industri muzik Korea telah digemparkan dengan konflik diantara HYBE dan pengasas kumpulan NewJeans, iaitu Min Hee-jin.

Menurut laporan orang dalam industri muzik, HYBE dikatakan telah menjumpai pelbagai bukti yang menunjukkan bahawa Min Hee-jin cuba untuk mengambil alih sepenuhnya agensi ADOR.

Malah, pengasas kumpulan NewJeans itu juga dikatakan telah menyebarkan maklumat rahsia berkaitan dengan syarikat serta artis di bawah naungan HYBE kepada media.

Selepas audit dijalankan ke atas agensi tersebut, HYBE telah menjumpai satu petikan dari Min Hee-jin. Di mana dia telah memberitahu orang lain bahawa Bang Si-hyuk telah meniru idea asalnya untuk mencipta BTS.

Tidak berdiam diri, Min Hee-jin turut menyatakan bahawa semua yang terjadi adalah berpunca daripada kumpulan ILLIT yang dikatakan telah memplagiat NewJeans.

ador-illit-newjeans

Dalam temu bualnya bersama dengan pihak media, Min Hee-jin telah berkata,

Mereka cuba nak buang saya selepas saya buat aduan bahawa ILLIT tiru NewJeans dalam pelbagai aspek termasuk konsep, solekan, pakaian dan juga lagu.

Segelintir juga percaya bahawa konflik yang terjadi ini berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai tahap pampasan mengikut kejayaan NewJeans.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Hankyung

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...