Ikuti Kami:

“Benci Lelaki Macam Tu” – Dedah Sebab Putus Dengan Kekasih, Penjelasan Kim Heechul Tuai Kritikan

“Benci Lelaki Macam Tu” – Dedah Sebab Putus Dengan Kekasih, Penjelasan Kim Heechul Tuai Kritikan

Mungkin ada sebab kenapa Kim Heechul masih belum berkahwin meskipun dah berusia 40-an.

Baru-baru ini, netizen telah memuat naik semula klip video Kim Heechul, di mana lelaki itu mendedahkan sebab dia putus dengan bekas teman wanitanya. Luahnya,

Terdapat satu game yang saya sangat suka dalam usia 20-an. Ia adalah permainan terkenal yang dipanggil Wo*. 25 orang perlu mengalahkan bos dan saya kena buat serbuan pada jam 8:00. Tapi sekitar 7:58 atau 7:57, teman wanita saya berkata ‘Heechul, mari kita putus’. Jadi saya jawab, ‘Baiklah, faham. Maaf saya tak dapat jaga awak dengan baik. Bye’. Kemudian, dia menangis.

Selepas mendengar perkongsian penyanyi itu, ahli lain terus menggelengkan kepala dan menyatakan bahawa dia adalah teman lelaki paling teruk. Namun, ahli SUPER JUNIOR itu menjelaskan bahawa dia hanya bercakap jujur dan telah berjanji dengan 24 orang itu terlebih dahulu. Jadi, dia mengutamakan mereka dulu dan menuruti permintaan bekas teman wanitanya.

kim heechul

Kurang ‘senang’ mendengar luahan Heechul, tetamu lain yang berada di situ berkata bahawa tindakan seperti itu boleh membawa kepada perceraian pada masa hadapan. Menerusi laman komuniti dalam talian, netizen terus mengkritik lelaki itu dan menulis,

  • Ini semua alasan.
  • Saya sangat benci lelaki seperti itu.
  • Tak terkejut..saya rasa dia kena berjumpa dengan seseorang seperti dia.
  • Kenapa dia kena cerita? Mesti dia ingat ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.
  • Dia orang yang patut hidup sendiri tanpa berkahwin.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...