Mesti ramai kan yang pernah layan drama “The Heirs” yang ditayangkan pada 2013 dahulu?
Dengan populariti Kim Ji-won yang semakin meningkat kini, seorang netizen telah memuat naik kembali video pelakon wanita itu ketika penggambaran drama “The Heirs”.
Khususnya menerusi video yang dikongsi, ada adegan di mana Kim Ji-won perlu menampar Lee Min-ho dan dia berasa sangat bersalah sehingga menangis.
Turut ada di lokasi penggambaran, Park Shin-hye terus datang menenangkan Kim Ji-won sambil berkata,
Lihat saya.
22살 갓기 김지원 이민호 뺨싸다구 잘못 때려서 미안해가지고 울먹거리고 난리났는데 와중에 박신혜언니가 날봐 이러면서 진정시키는 거 쌉설레😱 pic.twitter.com/Y5rvTVjv0n
— 🦔 (@tteodolee) April 16, 2024
Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan di laman X dengan komen yang ditulis,
- Baiknya Park Shin-hye.
- Kim Ji-won masih seperti bayi ketika itu.
- Park Shin-hye tidak begitu tua dari Kim Ji-won tetapi dia memang seorang senior yang hebat.
- Kim Ji-won mesti terharu sangat bila Park Shin-hye cuba menenangkannya seperti itu.
- Semua yang pernah berlakon dalam ‘The Heirs’ adalah pelakon popular sekarang.
- Kim Ji-won mesti baik sangat orangnya dalam kehidupan sebenar.
Tak sangka dah lebih 10 tahun berlalu kan?