Ikuti Kami:

Akhirnya Terdedah! Ini Sebab Sebenar Lee Kwangsoo & Jeon Somin Keluar ‘Running Man’

Akhirnya Terdedah! Ini Sebab Sebenar Lee Kwangsoo & Jeon Somin Keluar ‘Running Man’

Semakin hari, semakin ramai yang mahukan ahli lama supaya kembali menyertai “Running Man”.

Terbaru, sebuah content creator di TikTok telah membahaskan mengenai isu ini berdasarkan artikel yang pernah dikeluarkan KimchiDaily sebelum ini. Artikel itu membincangkan bagaimana ahli tetap program itu telah meminta ahli lama seperti Gary, Lee Kwang-soo, Song Joong-ki dan Jeon So-min untuk kembali menyertai mereka.

Disebabkan oleh isu itu, ramai yang mula membincangkan mengenai sebab utama kesemua mereka memilih untuk meninggalkan “Running Man” meskipun mengecapi populariti hebat menerusi rancangan tersebut.

lee kwangsoo jeon somin

Menjengah ke ruangan komen mengenai teori peminat tentang sebab utama mereka mengundurkan diri,

  • Ramai cakap sebab agensi King Kong b y Starship, sebab tu So-min keluar sekali.
  • Kwang-soo keluar sebab dorang dah tak mampu bayar gaji dia. Kalau korang perasan, lepas dia keluar, terus pengarah ada banyak bajet untuk prop bagai.
  • Aku akan tengok kalau Lee Kwang-soo kembali balik.
  • Sebab ada orang kata agensi suruh fokus berlakon sebab lakonan lagi bawa banyak gaji dari rancangan hiburan begini.

Menerusi pendapat orang ramai, sepertinya semua menyalahkan agensi Lee Kwang-soo dan Jeon So-min kerana mungkin menjadi punca utama mereka keluar dari program itu.

Pun begitu, itu hanyalah spekulasi ramai dan tidak semestinya merupakan kebenaran yang sahih.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...