Daebak! Finally, drama paling ditunggu tahun ni sudah ditayangkan tau. Drama apa lagi kalau bukan Moving.
Korang tahu kan yang Kdrama ni menghimpunkan banyak nama pelakon besar seperti Ryoo Seung-Ryong (Kingdom), Han Hyo Joo (The Beauty Inside) dan juga Zo In Sung. Pergh, last Zo In Sung berlakon drama 2014, lama tu!
Drama Moving ini diadaptasi dari webtoon popular karya Kang Full.
Ia mengisahkan tentang Kim Bong-Seok, Jang Hee-Soo dan Lee Gang-Hong yang merupakan pelajar sekolah yang mempunyai kuasa luar biasa yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.
Kim Bongseok memiliki kemampuan untuk terbang, Jang Heesoo mempunyai kuasa atletik yang luar biasa serta sembuh dengan cepat dan Lee Ganghoon memiliki kekuatan dan kecepatan yang pantas.
Mereka berusaha menyembunyikan kuasa luar biasa ini daripada orang lain, sementara ibu bapa mereka pula berjuang untuk melindungi anak mereka daripada pihak berbahaya.
Korang boleh streaming drama 20 episod ini di Disney Hotstar+ bermula 9 Ogos ni. Make sure korang set the date ya chinggu!
[AMARAN SPOILER!]
Tak sangka cerita yang diadaptasi dari webtoon yang berkisahkan tentang superhero boleh buat penulis tak senang duduk ya sepanjang cerita.
Paling best ia menggabungkan pelakon senior dan junior ini, tapi langsung tiada rasa janggal. Boleh katakan chemistry antara pelakon semua tip-top, tepat dan kena lah!
Walaupun diadaptasi dari webtoon, jalan cerita, plot, perkembangan setiap episod tetap menarik. Lain daripada genre K-drama yang lain. Jadi, kita nak mula dari mana dulu?
Barisan lakonan, bagi penulis pada mulanya agak risau sebab ini gabungan antara pelakon lama dan baru, jadi nak tahu juga yang senior ni nak bawa watak apa? Ibu bapa ke?
Yup, betul tekaan kami, mereka bawa watak ibu bapa.
Guys, korang bayangkanlah Han Hyoo-Joo yang lawa dan selalu nampak muda bawa watak eomma. Jinjja?!
Tapi sumpah slay habis bila dia bawa watak Lee Mi-Hyeon, memang nampaklah sisi lakonan yang berbeza dari Hyoo-Joo unnie ni.
Tambah pula dengan make-up pergh, nampak betul gaya seorang emak muda yang kuat demi anaknya. Sepanjang episod, penulis memang salute lakonan Hyoo-Joo (Lee Mi-Hyeon) ni.
Untuk barisan pelakon senior yang lain rasanya tak perlu nak bincang kot sebab diorang memang selalu on point bila berlakon cuma rasanya Zo In-Sung (Kim Doo-Shik) je. Haih, penulis rasa production ambil dia sebab nak dapatkan vibe superman lah.
Zo In-Sung dalam ni membawa watak sebagai bapa (Kim Bongseok) yang mempunyai kuasa terbang. Rasanya tepat cuma maybe screentime dia tak banyak. Korang kena tunggu sampai episod 7 barulah dapat jumpa dia yer. Mohon sabar okay!
Dari segi lakonan Lee Jung-Ha (Kim Bongseok) dan Kim Do-Hoon (Lee Ganghoon) memang daebak!
Dalam drama Moving ni, Lee Jung-Ha kena sentiasa bawa perwatakan yang blur, nerd dan pada masa comel je. Memang dia pandai untuk handle setiap scene yang diberikan. Tapi bila part dia lepas geram dekat eomma dia, pergh terasa wei!
Untuk Kim Do-Hoon pula dia selalu kena tunjuk serious dia, nak tengok dia bergurau pun susah. Memang ada style leader! Bila scene dia fight, OMG kuat wei. Elok sangatlah dengan sorang watak comel, lagi sorang watak serious memang jadi crush para wanita.
Jangan risau, crush new unlock untuk kaum lelaki, kita ada Go Yoon-Jung (Jang Huisoo). Pergh, vibes bad girl tapi baik. Siapa je tak jatuh hati dengan dia, dah la yeppeo!
Bila kena belasah dengan 17 orang pelajar tetap maintain je muka dia. Belum lagi, bila dia usik Kim Bongseok, boleh angau wei! Memang superb lah lakonan Go Yoon- Jung ni.
Dari jalan cerita pula, tak cliche macam drama Korea yang lain. Walaupun ia adaptasi dari webtoon, bila divisualkan memang gempak! Setiap watak dalam drama Moving ni diberi highlight.
Bayangkanlah, watak villian Frank pun produksi nak diceritakan. Tapi yang peliknya, korang takkan rasa draggy pun, just enjoy the flow!
Tempo cerita ni pun tak terlalu slow bagi 7 episod awal ni. Rasa seronok, enjoy dan terpaku dengan setiap watak dan jalan cerita dia. Bila korang tonton drama berdurasi 50 minit ni, tak rasa lama pun cuma rasa tak cukup ada lah!
Kebiasaanya cerita yang berkaitan superhero ni selalunya fokus pada kanak-kanak tapi untuk Moving, penulis rasa sesuai untuk tontonan 15 tahun ke atas. Nak tahu kenapa?
Sebab bila fight scene, pergh memang agak gory. Ye ah, sampai kepala boleh tercabut, darah mencurah, gilis dengan lori banyak kali, erghh sangat tak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi bagi penulis, ia satu bentuk achievement sebab produksi berani untuk tunjukkan fight scene yang real untuk cerita bergenre superhero ni.
Tinggal lagi 13 episod, adakah lakonan still maintain, jalan cerita dapat dikembangkan dan tempo masih lagi sama? Kita kena tunggu.
Bagi korang yang belum tonton, Kdrama Moving ni, penulis cadangkan korang streaming sekarang di Disney+ Hotstar. Moving ini akan bersiaran setiap hari Rabu.