Macam mana episod 8 dan 9, ada rasa exciting tak bila nampak mak ayah Kim Bong Seok beraksi. Pergh, bukan main bersemut lagi Zo In Sung bercinta dengan Han Hyoo Joo.
Korang ada tak namjachingu hantarkan makanan? Ni siap special delivery tepi tingkap tau.. Haih, siapa jelah yang tak fall in love bila boyfriend sweet macam tu.
Tapi biasalah bila tengah bahagia ni, time tulah semua nak kacau. Spoil mood betul lah!
Agak-agak korang, Kim Doo Shik mati tak?
Geramnya tengok Doo Shik kena tahan, masalahnya sampai satu battalion turun, semata-mata nak tangkap sorang ejen je.
Nak tahu sama ada ini punca Kim Dong Seok mati atau hanya rahsia bagi menyelamatkan Kim Bong Seok? Jom streaming Moving Di Disney+ Hotstar.
View this post on Instagram
[AMARAN SPOILER!]
Kali ni, penulis nak bagi review episod 10. Penulis pernah bagitahu yang produksi Moving ni bijak dan suka memberi highlight kepada sesuatu karakter. Macam korang lihat, episod 8 dan 9 banyak memberi fokus kepada watak Kim Doo Shik dengan Lee Mi Hyeon.
View this post on Instagram
Perkara yang sama juga berlaku di episod 10, flashback scene bagi watak Jang Joo Woon (Ryu Seung-Ryong), ayah kepada Jang Hui-Soo.
Jang Joo Woon mempunyai kuasa luar biasa yang mampu sembuh semula walaupun dibelasah teruk. Jadi tak hairanlah yang anak dia pun rilek je bila kena pukul. Like father, like daughter!
Dari segi lakonan, tak perlu sangkal lagi kehebatan pelakon legend Korea ni. Memang daebak! Lagi-lagi bila part Jang Joo Woon ada amnesia. Korang akan rasa kesian sangat dekat dia.
Bukan tu je, episod ni ada elemen friendship. Korang boleh tengok perwatakan Jang Joo Woon yang sangat setia dengan kawan-kawannya. Yelah, dah datang dari satu kampung, kemudian berjaya sama-sama, cuma bila dapat kawan tak sedar diri memang teruklah.
Dari segi action, episod ni banyak scene action, jadi bersiap sedia untuk tengok banyak darah, totally gory. Patah tangan? Patah kepala? Potong badan? Semua complete episod ni.
Untuk episod 10 ni, penulis boleh kata yang korang perlu fokus disebabkan banyak jump scene. Maksudnya perubahan waktu tu banyak, sekejap tahun ni, kemudian tahun lain, kemudian kembali kepada tahun awal. Semua tahun dengan scene, totally relate dengan jalan cerita. Korang maybe akan pening kepala sikit.
Episod 10 ni boleh katakan memang exciting, action pack, friendship dan touching emosi korang.
Nak tahu apa sebab Jang Joo Woon join organisasi rahsia ni? Korang kena streaming episod baru Moving, ekslusif di Disney+ Hotstar.