Baru-baru ini, Ahn Bo-hyun telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam rancangan YouTube KwakTube di mana mereka telah bercuti ke Jepun bersama-sama.
Satu klip dari video tersebut telah menarik perhatian ramai, khususnya kerana KwakTube dilihat cuba memaksa Ahn Bo-hyun untuk masuk ke sebuah kafe yang berkonsepkan ‘pembantu rumah’, bersamanya.
Kafe Maidreamin merupakan kafe hiburan dewasa di mana kesemua pelayan serta pekerjanya memakai pakaian ‘cosplay’ seperti pembantu rumah.
Dalam video tersebut, reaksi Ahn Bo-hyun yang tidak selesa jelas kelihatan di dalam video tersebut. Malah, pelakon itu juga turut enggan dan mengelak daripada masuk ke dalam kafe itu meskipun diasak oleh rakannya.
Dalam masa yang sama, perkara ini turut menimbulkan perselisihan di antara kedua-dua lelaki tersebut di mana terdapat satu adegan yang menunjukkan mereka sedang berbincang di luar kafe.
Tidak berhenti di situ, video yang dimuat naik tersebut telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya mengkritik perbuatan KwakTube dan memuji tindakan Ahn Bo-hyun yang mengelak daripada masuk ke kafe itu.
Antara komen netizen ialah,
Kalau betul dia masuk kafe itu, reputasi Ahn Bo-hyun akan tercemar.
Lepas tonton video ini, saya lebih yakin untuk berhenti daripada sokong rancangan ini.
Saya tak faham kenapa dia nak paksa juga Ahn Bo-hyun masuk kafe itu?
Dia tak faham konsep selebriti ke?
Mesti Ahn Bo-hyun benci sangat idea ni kan?
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.