Ikuti Kami:

YOUNITE Keluarkan Senarai Lagu Untuk Debut Akan Datang

YOUNITE Keluarkan Senarai Lagu Untuk Debut Akan Datang

Baru-baru ini, Brand New Music telah membuka akaun sosial media untuk kumpulan terbaru yang akan debut tidak lama lagi iaitu YOUNITE serta telah melancarkan satu video debut teaser kumpulan tersebut.

YOUNITE adalah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 9 orang ahli iaitu, Hong Won-ho (WOONO), Myung Eun-ho(EUNHO), Steven Lim (STEVE), Kim Hyun-Seung (HYUNSEUNG), Lee Eun-sang (EUNSANG), HYUNGSEOK, Kim Se-hyun (DEY), Lim Kyung-mun (KYUNGMUN) dan juga Kim Si-on (SION). Mereka secara rasminya mempunyai akaun sosial media pada 13 Februari lalu apabila agensi mereka, Brand New Music telah memuat naik video teaser di laman rasmi YouTube mereka.

Pada 18 Mac lalu, YOUNITE telah mengumumkan bahawa mereka akan debut EP pertama mereka iaitu “YOUNI-BIRTH”, yang akan dikeluarkan pada 20 April nanti. Manakala, video muzik “EVERYBODY” telah dipra-keluaran pada 31 Mac yang lalu. Nama fandom mereka, YOUNIZ juga telah didedahkan pada 19 Mac dan perkataan itu merujuk kepada kedua-dua nama kumpulan tersebut yang membawa makna keperluan atau memerlukan. Oleh itu, ia memberi gambaran bahawa YOUNITE dan peminat mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Berdasarkan akaun Instagram rasmi mereka, poster untuk album mini pertama mereka juga telah dilancarkan pada 20 April ini. Perkara itu semakin mengujakan para peminat mereka ataupun YOUNIZ kerana mereka amat menantikan lagu pertama keluaran mereka.

Poster yang dimuat naik juga sedikit sebanyak telah memberi gambaran terhadap konsep album mereka pada kali ini. Ia menunjukkan planet mengorbit dalam alam semesta yang bertemakan ungu dan merah jambu berserta bintang bertaburan di sekelilingnya. Tambahan pula, frasa “WE ARE CONNECTED” atau “KAMI BERHUBUNG” dipaparkan di bahagian tengah poster di samping membawa maksud “YOUNIZ”.

Jadi, buat YOUNIZ dan para peminat YOUNITE jangan lepaskan tarikh pelancaran album mini mereka okay!

Siapa agak-agaknya bias korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...