J-Hope telah membeli satu unit rumah di kawasan perumahan mewah baru di Seoul.

Terkini, media Korea melaporkan bahawa J-Hope telah membeli satu unit rumah di kawasan perumahan mewah baru, After Hangang.
Malah, unit dupleks dengan keluasan seluas 273.86 meter persegi itu juga telah dibeli secara tunai oleh ahli BTS tersebut.
Hanya mempunyai 26 unit, After Hangang yang terletak di tengah-tengah antara Taman Yongsan dan Sungai Han itu bernilai lebih RM 40 juta per unit.
Dengan setiap pembelian unit di situ, pemilik-pemilik rumah turut ditawarkan kemudahan komuniti premium dan perkhidmatan persendirian termasuk perkhidmatan Limosin, pembersihan rumah dan banyak lagi.
Antara selebriti lain yang turut tinggal di kawasan itu ialah Gong Yoo, Kim Go-eun, Han Hyo-joo dan Ryu Deok-hwan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.