Ikuti Kami:

‘You Are My Spring’ Catat Rating Terendah, Penonton Kata Plot Mengelirukan & ‘Slow’?

‘You Are My Spring’ Catat Rating Terendah, Penonton Kata Plot Mengelirukan & ‘Slow’?

Sepertinya drama melodrama “You Are My Spring” gagal meraih perhatian ramai sepanjang tayangannya.

Digambarkan sebagai drama ‘romantik penyembuhan’, ia akan membawa kisah mengenai sekumpulan individu yang tinggal dalam bangunan yang mempunyai kes pembunuhan dahulu dan mereka semua menjalani kehidupan dewasa namun hati kesemuanya kekal terperangkap ketika zaman kanak-kanak dek trauma masing-masing.

Sudah 13 episod ke udara, namun drama ini menyaksikan penurunan rating pada saban episod. Terbaru, “You Are My Spring” hanya mampu berpuas hati dengan catatan 1.86% di mana ianya merupakan catatan rating terburuk drama tersebut sepanjang tayangannya.tvn you are my springWalaupun dibarisi pelakon hebat seperti Kim Dong-wook, Seo Hyun-jin, Nam Gyu-ri dan Yoon Park serta plot yang dipenuhi pengajaran psikologi, namun ianya gagal mengekalkan perhatian penonton. Menurut komen orang ramai, naskhah ini dikatakan agak ‘slow’ daripada segi perkembangan plotnya. Malah ramai yang mempersoalkan identiti Ian Chase atau Choi Jeong-min (Yoon Park) dan kebenaran disebalik kematian lelaki itu yang terus kekal mengelirukan meski drama ini kian menghampiri penamat pada minggu hadapan.

Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...