Ikuti Kami:

“Yoona Tinggalkan Dia” – Tak Dapat Selamatkan Imej Lagi, Ini 4 Kontroversi Pernah Dilalui Kim Soohyun

“Yoona Tinggalkan Dia” – Tak Dapat Selamatkan Imej Lagi, Ini 4 Kontroversi Pernah Dilalui Kim Soohyun

Sedari semalam, netizen Korea dan peminat K-Drama antarabangsa terus membincangkan mengenai kisah Kim Soo-hyun yang mungkin sebenarnya mempunyai kaitan cinta dengan mendiang Kim Sae-ron semasa hayatnya.

Kisah ini bermula selepas ibu saudara mendiang mendedahkan bahawa lelaki itu pernah bercinta dengan Kim Sae-ron sedari usia wanita itu 15 tahun dan dirinya, 27 tahun. Pun begitu, agensi pelakon lelaki itu sekeras-kerasnya menafikan tuduhan berkenaan.

Selepas dari pendedahan itu, seorang individu telah membuat kompilasi kontroversi yang pernah terpalit ke atas Kim Soo-hyun sepanjang kariernya.

Pernah bercinta dengan Yoona?

Menurut pendedahan dari gosip lama di Korea, Yoona Girls’ Generation pernah bercinta dengan Kim Soo-hyun dan idola tersebut katanya sering memberitahu semua orang bahawa lelaki itu mempunyai perangai ‘psiko’ lantas memilih untuk berpisah dengannya. Bahkan khabarnya, para wartawan juga mengetahui mengenai hal ini.

Foto seluar dalam tersebar?

Dahulu, Kim Soo-hyun dan rakan-rakannya pernah menjalani photoshoot dengan hanya berseluar dalam untuk sebuah laman beli-belah. Walau bagaimanapun, gambar kemaluan salah seorang rakannya telah terdedah dan menimbulkan huru-hara dalam kalangan netizen. Pun begitu, agensi pelakon tersebut menafikan penglibatan Kim Soo-hyun sehingga laman itu yang perlu memohon maaf dan akhirnya menutup bisnes mereka.

kim soohyun seluar dalam

Bergurau bercinta dengan budak bawah umur

Dalam satu temubual pada 2015, dia pernah bergurau dan mengatakan dia boleh bercinta dengan gadis berusia 21 tahun ketika dia berusia 41 tahun. Malah dia meminta semua budak tadika perempuan supaya menantikannya. Pada ketika itu, ramai yang menyelar gurauannya sebagai sedikit keterlaluan.

Bakar kawasan sekolah

Kim Soo-hyun juga pernah mendedahkan bahawa dia ingin kembali ke sekolah menengah semula, pada ketika dia bermain api. Jelasnya, dia melipat kapal terbang kertas dan menyalakan api padanya sebelum melayangkannya di sekitar sekolah. Selepas percubaan ke-60, akhirnya salah satu kapar terbang itu mendarat di atas serumpun pokok lantas membuatkannya terbakar.

kim soohyun kim saeron muda

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...