Peminat pasti tahu kan bahawa Yoon-a merupakan visual dalam Girls’ Generation.
Baru-baru ini, Soo-young telah muncul dalam saluran YouTube Eun-hyuk, di mana mereka bersama Dong-hae, menceritakan tentang pelbagai perkara semasa bekerja dalam kumpulan.
Dalam siaran itu, Soo-young turut menyentuh tentang kedudukan ahli dalam Girls’ Generation, di mana Yoon-a, Yu-ri dan Seo-hyun akan sentiasa berada di tengah ketika persembahan. Luahnya,
Memandangkan perkara ini terus berlaku semasa promosi kami, saya terfikir sama ada saya pun boleh dapat peluang ini juga.
Sambungnya,
Saya pun ada kaki jadi saya tertanya-tanya mengapa saya tidak diberi peluang. Siapa je yang tak tahu Yoon-a cantik tetapi saya harap saya boleh diberi peluang juga.
Namun setelah mengimbas kembali, Soo-young akui bahawa dia telah menerima tentang perkara itu secara positif dan berkata,
Tapi bila melihat kembali, sudah tentu dia tiada tandingan. Pemilihan mereka memang tepat.
Semua ahli Girls’ Generation cantik la!