Ikuti Kami:

Yoona Dilapor Bakal Jadi Isteri Lee Jongsuk Dalam Drama Misteri Pembunuhan ‘Big Mouth’

Yoona Dilapor Bakal Jadi Isteri Lee Jongsuk Dalam Drama Misteri Pembunuhan ‘Big Mouth’

Khabarnya Yoon-a (Girls’ Generation) dan Lee Jong-suk akan bertemu dalam drama baru berjudul “Big Mouth” nanti.

Selepas khabar angin itu berterbangan, agensi Yoon-A iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi,

Yoon-A ada menerima tawaran lakonan daripada drama ‘Big Mouth’ dan kini sedang menelitinya dengan positif.

“Big Mouth” ialah merupakan drama yang mengikuti perkara dahsyat yang berlaku apabila peguam pangkat-ketiga tanpa sengaja menguruskan satu kes pembunuhan dan membongkarkan kebenaran disebaliknya. Ia adalah satu rekod perlawanan yang terpaksa ditempuhi oleh peguam daripada golongan kelas pertengahan dengan menjadi lebih jahat berbanding pelakunya bagi melindungi diri sendiri dan juga jeluarganya. Selain turut menghukum penjahat di dalam dunia penuh konspirasi dan ketamakan dek kuasa dan wang.

big mouth

Seperti yang didedahkan pada bulan lalu, Lee Jong-suk dikhabarkan bakal membawa watak Park Chang-ho. Manakala Yoon-A pula dilamar melakonkan watak Go Mi-ho yang merupakan isteri kepada lelaki itu dan merupakan figura yang membuatkannya menceburi bidang guaman. Merupakan seorang yang lemah lembut dan pendiam semasa di kolej, namun kini wanita itu adalah sangat berani dan bermulut tempayan.

Sama-sama kita nantikan kemas kini mengenai barisan pelakon drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...