Utama Drama Korea Yoon Park & Choi Sooyoung Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Send A Fan...

Yoon Park & Choi Sooyoung Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Send A Fan Letter’

sooyoung yoon park

Adakah Yoon Park dan Choi Soo-young bakal bergandingan dalam sebuah drama baru MBC nanti?

Terbaru, media melaporkan bahawa kedua mereka telah dipilih untuk menerajui drama pentas “Send A Fan Letter”.

Ianya membawa kisah seorang ayah yang menghantar surat bagi pihak anaknya kepada bintang Hallyu terkenal bagi merealisasikan impian gadis tersebut.

Tahun lalu, kisah tersebut memenangi ‘Layar Terbaik’ pada pertandingan skrip MBC di mana penulisnya berjaya memaparkan krisis seorang pelakon terkenal dalam dunia hiburan kerana sepucuk surat peminat selain seorang ayah yang terpaksa menipu bagi membahagiakan anaknya yang menghidapi leukemia dengan baik.

sooyoung yoon park

Jikalau menerimanya, Yoo Park akan membawa watak Bae Jung-seok, seorang peguam di firma guaman dan seorang ayah tunggal. Manakala Soo-young pula bakal bertanggungjawab untuk watak Han Kang-hee iaitu pelakon terkenal.

“Send A Fan Letter” ialah drama 4 bahagian dan akan dioleh oleh produser Jung Sang-hee yang merupakan rakan pengarah untuk drama “From Now On Showtime”. Ianya bakal menemui semua pada musim luruh ini.

Agak-agak mereka akan bergandingan tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTV Daily
Loading...