Ikuti Kami:

Yoon Hyunmin & Yoo Inna Akan Bergandingan Dalam Drama Komedi Romantik ‘Look! Debora’

Yoon Hyunmin & Yoo Inna Akan Bergandingan Dalam Drama Komedi Romantik ‘Look! Debora’

Selepas “Snowdrop”, pasti ramai menantikan drama Yoo In-na yang seterusnya, kan?

Terbaru, saluran ENA telah mengumumkan drama komedi romantik baru berjudul “Look! Debora”, yang akan diterajui Yoon Hyun-min, Yoo In-na dan Joo Sang-wook.

Untuk pengetahuan, “Look! Debora” akan menggambarkan kisah Debora, seorang jurulatih cinta terkenal dan Soo-hyuk, seorang lelaki bergaya yang menghadapi kesukaran dalam cinta.

Dalam drama ini, Yoo In-na akan memainkan watak sebagai Debora, seorang jurulatih cinta terkenal yang cerdik dan merupakan seorang penulis yang mempunyai buku terlaris tentang ‘dating’. Manakala Yoon Hyun-min akan menghidupkan watak Lee Soo-hyuk, seorang perancang di sebuah syarikat penerbitan, yang bersemangat dan dingin di luar tetapi lembut dan mesra di dalam.

ena look! debora

Kemudian, Joo Sang-wook akan berperan sebagai Han Sang-jin, yang sentiasa memandang ringan soal percintaan. Dia juga merupakan kawan rapat kepada Lee Soo-hyuk dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat penerbitan buku.

Siap sedia semua, drama “Look! Debora” akan menemui penonton pada separuh pertama 2023 nanti.

Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...