Ikuti Kami:

YooA & Arin Keluar Dari WM Entertainment, Apakah Nasib OH MY GIRL?

YooA & Arin Keluar Dari WM Entertainment, Apakah Nasib OH MY GIRL?

Selepas 10 tahun bekerjasama, YooA dan Arin nampaknya telah memutuskan untuk berpisah dengan WM Entertainment.

Terbaru, agensi berkongsi bahawa ahli OH MY GIRL iaitu Hyo-jung, Seung-hee, Mimi dan Yu-bin telah memperbaharui kontrak ekslusif dengan WM Entertainment.

Bagaimanapun, YooA dan Arin akan keluar dari agensi tersebut, sekaligus berhenti dari menguruskan segala aktiviti solo mereka. Menurut agensi,

Kami amat berbesar hati untuk meneruskan hubungan istimewa dengan ahli OH MY GIRL melalui pembaharuan ini dan terima kasih yang tulus kepada ahli atas keputusan bernas mereka.

Walaupun WM Entertainment akan berhenti menguruskan aktiviti individu YooA dan Arin, kedua-dua mereka berjanji akan tetap meneruskan aktiviti kumpulan OH MY GIRL.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yooa_♡ (@yoo__sha)

Sementara itu di Instagram, YooA turut bercakap tentang rancangannya untuk membuka langkah sebagai seorang pelakon selepas ini. Katanya,

Sambil meneruskan aktiviti saya sebagai ahli OH MY GIRL dengan WM, saya akan memulakan aktiviti individu saya sebagai pelakon dengan agensi baru. Saya teruja dan gementar dalam peluang untuk menunjukkan sisi baru saya kepada anda.

Selamat maju jaya buat mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...