Utama Drama Korea Yoo Yeonseok Dilamar Sertai Park Minyoung Dalam Drama Romantik ‘Mon-Wed-Fri-Tues-Thurs-Sat’

Yoo Yeonseok Dilamar Sertai Park Minyoung Dalam Drama Romantik ‘Mon-Wed-Fri-Tues-Thurs-Sat’

yoo yeonseok park minyoung

Selepas nama Park Min-young disebut sebagai heroin sebuah drama tvN baru nanti, nama Yoo Yeson-seok pula disebut sebagai pasangannya kini.

Menurut laporan berita, pelakon lelaki itu bakal menerajui drama “Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat”. Ianya membawa kisah ‘pembantu kehidupan single’ di mana seorang wanita berlakon menjadi pasangan individu solo yang memerlukan isteri di sebarang pertemuan.

Respon agensinya,

‘Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat’ ialah salah satu naskhah yang ditawarkan kepada Yoo Yeon-seok.

yoo yeonseok

Dalam pada itu, agensi Park Min-young mengesahkan bahawa pelakon wanita itu sedang meneliti dengan positif tawaran drama berkenaan.

Adakah Yoo Yeon-seok dan Park Min-young akan bergandingan tak lama nanti, sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Today
Loading...