Ikuti Kami:

Yoo Seungho & Hyeri Dilamar Terajui Drama Bersejarah Romantik ‘Thinking Of The Moon When The Flower Blooms’

Yoo Seungho & Hyeri Dilamar Terajui Drama Bersejarah Romantik ‘Thinking Of The Moon When The Flower Blooms’

Sedang sibuk dengan penggambaran, Hye-ri dikhabarkan bakal membintangi sebuah drama bersejarah “Thinking Of The Moon When The Flower Blooms” di KBS.

Drama ini membawa kisah mengenai kemahuan manusia dan kejadian yang membuktikan bahawa undang-undang larangan bukanlah merupakan pilihan terbaik. Watak utama ialah seorang inspektor daripada Pejabat Jeneral Inspektor yang meninggalkan kampung halamannya untuk mencapai kejayaan di Hanyang bagi membersihkan imej keluarganya. Selaitu, watak wanita utamanya ialah seorang peniaga arak untuk membayar hutangnya. Manakala seorang lagi ialah putera raja yang berterusan memanjat dinding istana untuk mendapatkan arak. Ketiga-tiga mereka bertemu secara tak dijangka di hadapan stor simpanan arak tersorok dan terserempak dengan satu rahsia yang boleh menyebabkan kematian sekiranya terbongkar.

Kata agensi pelakon wanita itu, Hye-ri sedang meneliti tawaran drama “Thinking Of The Moon When The Flower Blooms” kini.

thinking of the moon when the flower blooms

Kalau anda nak tahu, Yoo Seung-ho juga sedang dalam pertimbangan untuk muncul sebagai watak utama drama ini. Khabarnya dia ditawarkan untuk membawa watak Nam-young, seorang lelaki kacak yang popular dalam kalangan wanita tempatan dan berusaha jerasa bagi membuatkan dirinya menjadi terkenal. Dia memiliki segalanya untuk berjaya, cuma kekurangan dari segi latarbelakang keluarga yang biasa sahaja.

Sama-sama kita nantikan lagi maklumat lanjut mengenai drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...