Ikuti Kami:

Yoo Jitae Kongsi Permulaan Kisah Cinta Bersama Isteri Kim Hyojin

Yoo Jitae Kongsi Permulaan Kisah Cinta Bersama Isteri Kim Hyojin

Pelakon Yoo Ji Tae baru-baru ini tampil dalam rancangan “You Quiz On The Block” dan turut berkongsi bagaimana dia dan isterinya, Kim Hyo-jin mula bercinta.

Dalam sesi rancangan bual bicara itu, pelakon itu berkongsi bagaimana dia dan Kim Hyo-jin mula-mula bertemu dan menjadi kawan selepas penggambaran iklan bersama. Yoo Ji-tae berkata,

Saya bertemu isteri saya semasa penggambaran untuk iklan komersial. Saya merasakan perasaan yang lain pada masa itu. Selepas itu, kami menjalani kehidupan berasingan untuk seketika, dan kami mula bercinta selepas saya bertanya kepadanya, “Adakah kamu mahu ‘dating’ dengan saya?” Dia sebenarnya sudah tahu banyak tentang saya pada masa itu.

yoo jitaeYoo Jae-suk bertanya,

Apa yang membuatkan awak bertanya kepadanya selepas sekian lama?

Yoo Ji-tae menjawab,

Kami berdua masih bujang. Ada seseorang yang isteri saya ingin diperkenalkan. Selepas satu sesi perjumpaan saya mendengarnya berkata, “Hyo Jin bukan gaya saya.”

Ia membuatkan saya berfikir, “Hyo Jin 10 juta kali lebih baik daripada awak.”

Pelakon itu berkata dia kemudian menghubungi isterinya dalam perjalanan pulang dan berkata,

Bercinta sahaja dengan saya.

Kim Hyo-jin malah menjawab,

Jika anda datang ke New York, saya akan memikirkannya.

Mudah kan? Kalau kita betul mahukan seseorang itu dengan ikhlas, teruskan sahaja. Jika dilihat kepada keberanian Yoo Ji-tae, ternyata dia sememangnya ikhlas bersama isterinya kan?

Semoga hubungan Yoo Ji-tae dan isteri akan kekal hingga ke akhirnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...