Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Sebut Nama Lee Kwangsoo Dalam ‘The Sixth Sense 3’

Yoo Jaesuk Sebut Nama Lee Kwangsoo Dalam ‘The Sixth Sense 3’

Sepertinya Lee Kwang-soo merupakan adik yang paling disayangi Yoo Jae-suk.

Dalam tayangan terbaru “The Sixth Sense 3”, Yoo Jae-suk tak semena-mena menyebut nama pelakon itu.

Semasa di lokasi kedua, kesemua ahli dan tetamu perlu bermain permainan sebut perkataan berkaitan dengan kategori selain perlu memadankan dengan jumlah perkataan yang diberikan oleh pengarah Jung Chul-min.

lee kwangsoo yoo jaesuk

Yoo Jae-suk yang merupakan ketua untuk kumpulan dianggotai Kim Ji-min dan Lee Mi-joo nampaknya tidak dapat menyembunyikan rasa rindu buat Lee Kwang-soo.

Ketika suruh menyatakan nama penyanyi dengan tiga suku kata, pengacara No 1 itu dengan yakin menyebut nama Lee Kwang-soo dan membawa tawa di set penggambaran. Jelas lelaki itu,

Dia juga menyanyi.

lee kwangsoo yoo jaesuk

Mengiringi kenyataan itu, pihak “The Sixth Sense 3” menayangkan babak Lee Kwang-soo menyanyikan ‘lagu nyamuk’ yang dipopularkan olehnya dalam siri sitkom “High Kick” suatu ketika dahulu.

Bila agaknya nak jemput Lee Kwang-soo jadi tetamu “The Sixth Sense”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...