Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk & Jeon Somin Akan Kerjasama Dengan PD Chulmin Untuk Program Dating Baru

Yoo Jaesuk & Jeon Somin Akan Kerjasama Dengan PD Chulmin Untuk Program Dating Baru

Nampaknya, Yoo Jae-suk dan Jeon So-min akan sekali lagi bekerjasama dengan PD Jung Chul-min untuk rancangan hiburan baru.

Pada 11 Oktober, tvN telah mengesahkan bahawa Yoo Jae-suk, Jeon So-min dan Nucksal akan menjadi pengacara dalam program hiburan baru berjudul “Skip”.

Untuk pengetahuan, “Skip” diarahkan oleh PD Jung Chul-min, yang pernah mengarah pelbagai program lain seperti “Running Man” dan “Sixth Sense”.

Merupakan sebuah rancangan realiti temu janji, “Skip” akan mengikuti 4 lelaki dan 4 wanita yang berkumpul di satu tempat, untuk mencari pasangan mereka di bawah konsep ‘One-day 4:4 Blind Date’.

yoo jaesuk jeon somin nucksal

Tambahan, program ini akan berbeza dengan rancangan temu janji yang sedia ada, dengan membiarkan ahli mencari cinta mereka dalam bentuk pertemuan dan bukannya tinggal bersama.

Dalam pada itu, program “Skip” dijangka akan mula bersiaran pada Disember ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...