Yoo Jae-suk sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah dan baik hati. Bahkan seluruh rakyat Korea sendiri mengakui fakta ini dan boleh dikatakan lelaki tersebut ialah selebriti kegemaran semua orang kerana personalitinya itu.
Kebaikannya itu terbukti sekali lagi apabila sebuah syarikat pembangunan antarabangsa bukan kerajaan, G-Foundation mendedahkan bahawa mereka telah menyediakan kit tuala wanita buat 500 remaja perempuan daripada keluarga berpendapatan rendah kerana bantuan yang diberikan oleh Yoo Jae-suk.
Kami sejujurnya sangat berterima kasih dengan tajaan Yoo Jae-suk untuk pelbagai barangan seperti tuala wanita dan produk kebersihan buat remaja daripada keluarga berpendapatan rendah. Kami akan terus berusaha untuk memastikan kesihatan kepada remaja ini semasa tumbesaran mereka.
Bestnya kit ini kerana ia dilengkapi dengan produk yang boleh digunakan selama 6 bulan lamanya termasuklah barangan penjagaan asas seperti keperluan kosmetik, cecair pembasmi kuman, tuala wanita dan beg tuala wanita.
Malahan salah seorang daripada remaja yang menerima bantuan ini berkongsi bahawa dia berterima kasih dengan kit ini kerana setiap kali terpaksa membeli barangan keperluan tersebut mesti dia berasa terbeban dek harganya yang mahal.
Tak peliklah kenapa Yoo Jae-suk berterusan menerima pujian dan kasih sayang daripada orang ramai!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.