Ikuti Kami:

Yoo Insoo Luah Rasa Sedih Tidak Diajak Sertai Ruang Sembang Pelajar ‘All Of Us Are Dead’

Yoo Insoo Luah Rasa Sedih Tidak Diajak Sertai Ruang Sembang Pelajar ‘All Of Us Are Dead’

Selepas menempa populariti menerusi siri “All Of Us Are Dead”, kesemua pelakonnya menerima perhatian yang tidak berbelah bahagia daripada orang awam.

Terbaru, Yoo In-soo yang membawa watak antagonis iaitu Yoon Gwi-nam telah menyertai sebuah temuramah bagi berkongsi lebih banyak cerita mengenai drama itu.

Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, kesemua pelakon yang membawa watak pelajar menjadi sangat rapat kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama semasa berlatih babak aksi dan koreografi zombi.

yoo insoo all of us are dead

Namun ianya berubah selepas penggambaran bermula,

Apabila penggambaran bermula, kebanyakan masa saya dihabiskan sendiri. Sebaliknya, saya berasa cemburu melihat hubungan kumpulan (Yoon Chan-young, Park Ji-hu dan lain-lain) semakin kuat.

Pun begitu, dia berkongsi kesedihan kerana tidak dimasukkan ke dalam sebuah ruang sembang para pelakon lain,

Terdapat satu ruang sembang lain untuk kelas 2-5. Kesemua mereka lebih banyak bersembang di situ. Kami yang membawa watak iljin (pelajar nakal) berada dalam kumpulan besar yang melibatkan kesemua pelakon.

Malah Yoo In-soo meluahkan rasa hairan memandangkan mereka yang lain mempunyai gambar yang tidak dimilikinya sedangkan dia turut muncul dalam gambar berkenaan. Lantas dia menyangka bahawa mereka bertukar gambar secara peribadi sahaja.

yoo insoo yoon chanyoung

Apabila mendapat tahu mengenai kewujudan ruang sembang khas untuk pelajar kelas 2-5, dia bergurau dan mengadu pada Yoon Chan-young,

Saya ada beritahu Yoon Chan-young namun dia tidak melakukan apa-apa meskipun sudah mengetahuinya. Dia tidak dapat membaca isyarat saya.

Jangan risau, Yoo In-soo bergurau sahaja!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...