Ikuti Kami:

Yoo Ahin & Park Shinhye Cuba Lari Daripada Amukan Zombi, Tonton Filem #ALIVE Di Netflix Malaysia 8 September Ini

Yoo Ahin & Park Shinhye Cuba Lari Daripada Amukan Zombi, Tonton Filem #ALIVE Di Netflix Malaysia 8 September Ini

Dengar cerita ramai yang bersedih apabila filem zombi lakonan Yoo Ah-in dan Park Shin-hye iaitu “#ALIVE” tidak menjengah ke pawagam tempatan. Hampa kan? Bagi mengubati kesedihan anda, Netflix dengan jayanya bakal menayangkan filem hebat tersebut menerusi laman penstriman itu pada 8 September nanti!

Naskhah ini membuktikan kehebatannya apabila berjaya meraih 1.9 juta penonton meskipun Korea berada dalam keadaan berjaga-jaga dek kes COVID-19 yang masih belum berkurang. Tak cukup dengan itu, lakonan hebat Yoo Ah-in juga menjadi sebutan ramai lantas menyebabkan semakin ramai yang bersedih apabila tidak dapat menonton filem ini di panggung berdekatan.

netflix #ALIVE

“#ALIVE” ialah sebuah kisah survival thriller di mana Seoul tiba-tiba dilanda wabak penyakit misteri yang menyebabkan sesiapa dijangkiti akan menyerang orang lain. Semakin penyakit itu menular, semakin ramai yang terperangkap di dalam rumah masing-masing tanpa akses internet, aplikasi mesej dan panggilan telefon. Jun-woo (Yoo Ah-in) dan Yoo-bin (Park Shin-hye) merupakan antara yang terselamat daripada serangan tersebut namun kini terperangkap dalam bandar berbahaya itu.

Kalau anda nak tahu, kedua-dua watak ini mempunyai personaliti yang berbeza dalam menggambarkan apabila individu itu terperangkap dalam situasi menyesakkan seperti ini. Jun-woo membawa watak seorang yang lemas dan tidak betah hidup terperangkap seorang diri tanpa hubungan langsung dengan dunia luar. Manakala Yoo-bin pula menangani situasi ekstrem ini dengan tenang dan terkawal selain berusaha keras untuk mencari jalan keluar.

netflix #ALIVE

“#ALIVE” bakal menemui pelanggan Netflix dengan sari kata dalam 31 bahasa selain ia turut dialih suara kepada 5 bahasa. Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...