BLACKPINK akan membuat comeback penuh sebagai satu kumpulan dan mengadakan jelajah dunia pada tahun 2025.
Dalam kenyataan yang dikongsi oleh YG Entertainment, mereka telah mengesahkan mengenai berita berkenaan,
Pada tahun 2025, BLACKPINK merancang untuk membuat comeback penuh sebagai kumpulan dan melawat peminat mereka dalam jelajah dunia.
YG Entertainment membuat pengumuman ini bersempena dengan sambutan video muzik BLACKPINK “How You Like That” yang mencapai 1.7 bilion tontonan.
Agensi itu terus mempromosikan jadual BLACKPINK untuk 2025, tanpa sebarang perubahan dari pengumuman sebelumnya, memberikan harapan bahawa tidak akan ada penangguhan dalam rancangan mereka.
Yes!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.