Akhirnya, ada berita gembira buat peminat yang menantikan comeback BLACKPINK!
Terbaru, Yang Hyun-suk iaitu pengasas YG Entertainment secara peribadi telah mengumumkan rancangan syarikat untuk aktiviti kumpulan di bawah naungannya untuk masa hadapan.
Menarik perhatian, agensi mengesahkan bahawa BLACKPINK akan kembali membuat kemunculan semula dan memulakan konsert jelajah dunia mereka pada 2025 nanti.
YG Entertainment announced that #BLACKPINK will COMEBACK and starts their WORLD TOUR in 2025#블랙핑크 @BLACKPINK pic.twitter.com/COOmGmAHCT
— BLΛCKPIИK GLOBAL FANBASE (@BLACKPINKGLOBAL) July 21, 2024
Sementara itu dalam video tersebut, Yang Hyun-suk turut berkongsi bahawa kumpulan lain seperti TREASURE, AKMU, WINNER dan BABYMONSTER juga akan turut aktif dengan comeback dan konsert jelajah pada tahun yang sama.
Sama-sama kita tunggu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.