Senelum ini hanya khabar angin sahaja tetpai nampak gayanya mungkin impian BLINKs untuk melihat semua ahli BLACKPINK mempunyai lagu solo sendiri akan tercapai tak lama lagi.
Sebelum ini, berterbangan berita mengatakan bahawa Rosé bakal menjalani penggambaran video muzik untuk lagu solonya pada pertengahan Januari nanti.
Tak lama kemudian, wakil daripada YG Entertainment telah memberikan kenyataan,
Kedua-dua Rosé dan Lisa sedang menjalani langkah yang diperlukan untuk muzik solo mereka. Memang benar terdapat perancangan untuk keduanya merakam video muzik tak lama lagi.
Untuk Jisoo pula,
Disebabkan Jisoo akan menjalani penggambaran untuk drama pertamanya ‘Snowdrop’, Rosé dan Lisa akan meriliskan muzik solo mereka dahulu. Kami akan berikan maklumat lebih lanjut termasuk jadual masa dalam pengumuman rasmi nanti.
Akhirnya! Dah lama tunggu untuk muzik solo daripada ahli BLACKPINK.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.