Ikuti Kami:

YG Entertainment Dedah Telah Labur Lebih RM1.7 Juta Untuk MV TREASURE ‘Jikjin’ Akan Datang

YG Entertainment Dedah Telah Labur Lebih RM1.7 Juta Untuk MV TREASURE ‘Jikjin’ Akan Datang

Mesti ramai dah tak sabar nak tunggu TREASURE comeback dengan lagu “Jikjin” kan?

Menurut laporan saluran media pada 11 Februari, YG Entertainment telah melabur lebih 500 juta KRW (lebih RM1.7 juta) dalam pembikinan muzik video kemunculan semula TREASURE bagi lagu “Jikjin”.

Lazimnya, syarikat hiburan hanya akan melaburkan jumlah besar sedemikian pada artis terkenal seperti BLACKPINK, tetapi jarang sekali pada artis baru yang masih meningkat. Tambahan pula, MV “Jikjin” ini diterbitkan oleh pengarah Lee Sang-yoon, yang merupakan bekas pengarah anugerah ‘MAMA’ di Mnet. Menurut seorang wakil YG Entertainment,

YGE merancang untuk terus meningkatkan keupayaan pengeluaran agensi itu sendiri bagi mengembangkan kepelbagaian kandungan yang dicipta untuk artis kami. Untuk penggambaran MV TREASURE ‘Jikjin’, agensi itu telah menggerakkan banyak kereta mewah untuk dipadankan dengan lirik lagu tersebut, yang membangkitkan keinginan untuk memandu ke hadapan dengan kelajuan penuh, demi cita-cita seseorang.

treasure jikjin

TREASURE akan membuat kemunculan semula dengan album mini pertama mereka “The Second Step: Chapter One” pada 15 Februari ini jam 5 petang. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...