Ikuti Kami:

YG Entertainment Dedah Akan Ada 2 Muzik Video Untuk Comeback BLACKPINK ‘BORN PINK’

YG Entertainment Dedah Akan Ada 2 Muzik Video Untuk Comeback BLACKPINK ‘BORN PINK’

Pasti ramai peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan semula BLACKPINK, kan?

Sebelum ini, BLACKPINK telah melancarkan trailer untuk comeback mereka akan datang, dengan pra-single yang bakal dilancarkan pada Ogos ini dan keluaran album “BORN PINK” pada September akan datang. Bukan itu sahaja, kumpulan itu juga akan bersiap untuk menemui peminat seluruh dunia bermula Oktober nanti.

Menambahkan keterujaan peminat, YG Entertainment turut mendedahkan bahawa BLACKPINK akan mengeluarkan dua muzik video dengan kos pengeluaran tertinggi dalam sejarah YG.

Jelas agensi itu,

Selain jadual yang diterbitkan, beberapa langkah khas telah disediakan untuk status BLACKPINK. Para ahli mempunyai kemahuan yang kuat untuk membalas kasih sayang yang diberikan peminat global kepada mereka.

blackpink comeback

Tambah YG Entertainment,

Kami amat menghargai jika anda boleh menantikan maklumat lagu baharu yang akan diperkenalkan satu demi satu dan persembahan BLACKPINK.

Siap sedia ‘BLINK’!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...