Ikuti Kami:

Yeoreum Bekas Ahli Hello Venus Bakal Kahwini Bekas Pengurus Bulan Hadapan

Yeoreum Bekas Ahli Hello Venus Bakal Kahwini Bekas Pengurus Bulan Hadapan

Pasti umum amat mengenali kumpulan Hello Venus yang terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Alice, Nara, Lime, Seo-young, Yoo-young, and Yeo-reum. Namun, kumpulan tersebut telah dibubarkan pada 2019 lalu. Terbaru, bekas ahli kumpulan tersebut, Yeoreum khabarnya bakal mendirikan rumah tangga!

Menurut laporan media, Yeo-reum atau nama sebenarnya Yoo Na-gyeol merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama tunangnya pada bulan hadapan iaitu pada 29 Mei yang akan datang. Pasangan itu mengenali satu sama lain sebagai artis dan juga pengurus sebelum mereka sama-sama meninggalkan industri hiburan.

yeoreum

Yeo-reum merupakan bekas ahli Hello Venus yang kedua yang setakat ini telah mendirikan rumah tangga selepas Lime ataupun Joo-hwa pada Mac lalu. Pada majlis perkahwinan Lime, Yeo-reum menjadi tumpuan utama apabila dia menyambut jambangan bunga pengantin.

Yeo-reum khabarnya akan meneruskan kariernya sebagai pelakon walaupun selepas dia mendirikan rumah tangga nanti.

Jadi kepada para peminat, teruskan memberi sokongan anda kepada Yeo-reum supaya kita dapat lihat lebih banyak karya daripadanya selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...