Ikuti Kami:

Yeonjun TXT, Roh Jeongeui & Seo Bumjun Akan Jadi Trio MC Baharu Di SBS Inkigayo

Yeonjun TXT, Roh Jeongeui & Seo Bumjun Akan Jadi Trio MC Baharu Di SBS Inkigayo

Yeon-jun TXT, Roh Jeong-eui, dan Seo Bum-jun telah dipilih sebagai pengacara baharu SBS Inkigayo!

Menurut JTBC News, Inkigayo baru-baru ini telah membuat perubahan baharu pada rancangannya. Yeon-jun TXT, pelakon Roh Jeong-eui, dan Seo Bum-jun akan menjadi MC baharu program muzik SBS Inkigayo, menggantikan Yu-jin IZ*ONE, Ji-hoon TREASURE, dan Sung-chan NCT, mulai April ini.

Sekadar info, Yeon-jun telah memulakan debutnya pada tahun 2019 sebagai ahli TXT. Dia pernah muncul sebagai sebagai pengacara khas untuk Inkigayo, tetapi ini kali pertama dia muncul sebagai pengacara tetap.

Roh Jeong-eui baru-baru ini muncul sebagai idola NJ dalam drama popular “Our Beloved Summer”. Sebagai satu-satunya gadis, dia akan menunjukkan daya tarikannya yang menyegarkan. Akhir sekali, Seo Bum-jun ialah pelakon baru yang memulakan kerjayanya tahun lepas dalam drama “Nevertheless”. Sejak itu, dia telah muncul dalam siri TVING “Dr. Park’s Clinic” dan siri Disney+ “Rookie Cops”.

yeonjun roh jeongeui seo bumjune

MC trio baharu Inkigayo ini akan memulakan peranan mereka sebagai pengacara pada 3 April. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...