Ikuti Kami:

Yeo Jingoo & Moon Gayoung Sah Terajui Drama Fantasi Melodrama ‘Link’

Yeo Jingoo & Moon Gayoung Sah Terajui Drama Fantasi Melodrama ‘Link’

Moon Ga-young dan Yeo Jin-goo sah bakal menemui penonton pada separuh pertama 2022 dengan sebuah drama tvN baru.

Gabungkan fantasi, romantik dan misteri, “Link” ialah drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.

Yeo Jin-goo akan membawa Eun Gye-hoon, seorang cef pembantu di sebuah restoran mewah. Bukan sahaja berkemahiran dalam memasak, malah dia memiliki rupa menawan dan suara yang seksi. Pun begitu, perasaan orang lain mula dirasainya.

tvn link

Moon Ga-young pula akan membawa watak Noh Da-hyun, seorang pencari kerja. Wanita itu percaya dengan falsafah bahawa senyuman mampu memberikan rezeki yang baik meskipun sering dimarahi ibunya dan dibuli junior di tempat kerja. Selepas melakukan kesalahan yang tiada ubatnya, dia mula terbabit dengan seorang lelaki bernama Eun Gye-hoon.

Tak sabarnya nak tonton “Link” pada 2022!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...