Ikuti Kami:

Yang Donghwa Digugurkan Sebelum Debut ATBO, IST Entertainment Beri Penjelasan

Yang Donghwa Digugurkan Sebelum Debut ATBO, IST Entertainment Beri Penjelasan

Gempar baru-baru ini apabila agensi IST Entertainment telah mengumumkan pengguguran Yang Dong-hwa dalam kumpulan lelaki mereka yang akan datang iaitu ATBO.

Terbaru, IST Entertainment mengeluarkan kenyataan mengenai isu buli yang didedahkan secara atas talian sewaktu zaman persekolahan Yang Dong-hwa. Pihak agensi juga turut mengambil inisiatif membuat permohonan maaf kepada mangsa, lalu membuat keputusan untuk menggugurkan Yang Dong-hwa dari kumpulan ATBO.

Berikut merupakan kenyataan oleh IST Entertainment,

Hello. Ini ialah IST Entertainment.

Ini adalah pengumuman mengenai Yang Dong-hwa, ahli kumpulan idola baharu ATBO, yang dipilih melalui “THE ORIGIN – A, B, OR What?”.

Setelah membaca siaran mengenai isu Yang Dong-hwa di media sosial dan laman sesawang lain secara atas talian, kami mencapai satu persetujuan untuk menghubungi pegawai sekolah, alumni dan kenalan untuk membincangkan isu itu dan mengesahkan fakta berikut.

Seiring dengan ini, kami juga meneruskan prosedur semakan fakta. Walaupun beberapa dakwaan ternyata berbeza daripada kebenaran, kami mendapati terdapat pelajar yang terkesankerana kenyataan dan tindakan Yang Dong-hwa yang tidak matang dan tidak berkesesuaian.

Kami dapat menghubungi beberapa pelajar dan Yang Dong-hwa meminta maaf secara langsung kepada mereka.

Yang Donghwa sedang memikirkan kesan tindakan masa lalunya yang tidak sesuai sebagai seorang pelajar dan dia amat malu tentang bagaimana dia menyinggung perasaan orang di sekelilingnya dengan kekurangan moralnya. Selain pelajar yang dia berpeluang berjumpa secara peribadi untuk memohon maaf, dia tahu mungkin ada lagi pelajar yang mengalami kesusahan kerana dia dan dia juga sedang memikirkan hal itu.

Kami memohon maaf kepada mereka yang kecewa dengan salah laku masa lalu Yang Dong-hwa, serta mereka yang menunjukkan sokongan kepada artis itu. Tambahan pula, kami mempunyai pelan mengenai aktiviti masa depan Yang Donghwa.

Berikutan proses semakan fakta yang disebutkan di atas dan perbincangan mendalam dengan artis, kami telah memutuskan bahawa dia tidak lagi akan menyertai ATBO dalam penampilan sulung dan promosi mereka.

Melalui keputusan ini, Yang Dong-hwa berhasrat untuk memohon maaf dengan ikhlas kepada rakan-rakannya atas salah lakunya yang lalu. Walaupun dia belum membuat penampilan sulung, Yang Dong-hwa dan ibu bapanya telah menyatakan hasrat mereka untuk membetulkan kesilapan itu dan akan mengambil masa ini untuk bermuhasabah diri.

Kami telah melalui perbincangan mendalam dengan Yang Dong-hwa dan ibu bapanya dan akan menghormati keputusan mereka berhubung isu itu.

Kami tahu ini tidak dapat menebus masa lalu, tetapi kami berharap keikhlasan artis itu dapat disampaikan kepada mereka yang telah disakitinya. Bagi artis itu sendiri, kami berharap ini menjadi peluang untuk melihat kembali masa lalu dan membuka lembaran baru.

Yang Dong-hwa akan terus berusaha ke arah matlamatnya. Seorang lelaki muda dengan penuh rasa kesal mengakui kesilapannya, mengambil tanggungjawab, dan berusaha untuk berubah. Kami amat menghargainya jika anda memahami dan menggalakkannya sambil dia belajar daripada kesilapannya dan berusaha menjadi seseorang yang matang dan bertanggungjawab.

Terima kasih.

yang donghwa Rata-rata dalam kalangan peminat meluahkan rasa kecewa mereka mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh IST Entertainment. Walaubagaimanapun, diharapkan perkara seperti ini dapat memberi pengajaran sekaligus menjadi satu titik permulaan yang baru buat karier Yang Dong-hwa selepas ini.

Semoga terus kuat, Yang Dong-hwa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...