Ikuti Kami:

“Ya Sayang..” – Perbualan Jung Kyungho & Choi Sooyoung Buat Hati Netizen Berbunga

“Ya Sayang..” – Perbualan Jung Kyungho & Choi Sooyoung Buat Hati Netizen Berbunga

Sudah 8 tahun bercinta, Jung Kyung-ho dan Choi Soo-young (SNSD) semakin selesa berkongsi mengenai hubungan mereka dengan umum.

Terbaru, dalam rancangan “Wise Mountain Village Life”, panggilan telefon di antara pasangan ini membuatkan ramai yang tidak keruan.

Semasa sedang menikmati ayam goreng bersama Kim Dae-myung dan melihat pemandangan matahari terbenam, Jung Kyung-ho sempat mengambil gambar dan mengungkap secara perlahan bahawa Choi Soo-young pasti akan menyukai pemandangan ini.

Baru sahaja menyebut namanya, kekasihnya itu tanpa dijangka telah menghubungi Jung Kyung-ho dan membuatkan Kim Dae-myung terkejut dengan kebetulan itu. Rata-rata cair apabila mendengar panggilan Jung Kyung-ho semasa mengangkat panggilan itu,

Ya sayang~

choi sooyoung jung kyungho

Dalam pada itu, Kim Dae-myung dan Choi Soo-young juga kelihatan sangat selesa bersembang hingga membuatkan Jung Kyung-ho cemburu.

Kenapa awak bercakap dengan comel dengan teman wanita saya.

Gurau Kim Dae-myung

Kenapa saya tak boleh bercakap dengan comel?

Walaubagaimanapun, mereka hanya tertawa selepas itu.

Seronok betul tengok Choi Soo-young dan Jung Kyung-ho kan? Semoga kekal selamanya~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...