Ikuti Kami:

“Ya Ke Tak Sengaja..” – Nampak Dada Dengan Jelas, Netizen Persoal Niat Sebenar Jennie

“Ya Ke Tak Sengaja..” – Nampak Dada Dengan Jelas, Netizen Persoal Niat Sebenar Jennie

Ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie, mencetuskan perdebatan hangat mengenai pakaian ‘daring’nya semasa persembahan di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, Jennie mengadakan konsert solo bertajuk ‘The Ruby Experience’ di Teater Peacock, Los Angeles (LA), untuk meraikan pelancaran album solo pertamanya, ‘Ruby’.

Jennie mengenakan fesyen pakaian dalam crop top hitam serta body suit putih dengan reka bentuk leher berbentuk ‘V’ dan menayangkan hampir keseluruhan bahagian atas badannya.

Video persembahan tersebut yang telah disiarkan di media sosial mencetuskan perbincangan di kalangan peminat. Ada yang menganggap pakaian tersebut terlalu “provokatif” dan “memalukan”, serta berpendapat pendedahan tersebut tidak perlu. Namun, ramai juga yang mempertahankan Jennie, dengan mengatakan, “Ini Amerika, pakaian seperti itu tiada masalah,” “Jennie adalah Jennie,” dan “Pakaian tersebut sesuai dengan pentas persembahan.”

Rata-ratanya turut mempersoal sama ada Jennie sengaja berpakaian sedemikian hingga menyebabkan badannya ‘tertayang’ tanpa sengaja. Ini berlaku ketika persembahan ‘Filter’ di mana bajunya terbuka tanpa sengaja di bahagian dada apabila dia menunduk.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   No Cut News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...