Ikuti Kami:

Woo Dohwan Dilamar Sertai Kim Soohyun & Kwon Nara Dalam Drama Komedi Gelap ‘Knock Off’

Woo Dohwan Dilamar Sertai Kim Soohyun & Kwon Nara Dalam Drama Komedi Gelap ‘Knock Off’

Nampaknya, drama “Knock Off” akan dibintangi ramai pelakon hebat!

Terbaru, media melaporkan bahawa Woo Do-hwan akan muncul dalam drama Disney+ baru iaitu “Knock Off”.

Sebagai respon, agensinya memberitahu bahawa lelaki itu ada menerima tawaran untuk membuat penampilan istimewa dalam drama itu namun, ia masih dalam perbincangan.

Sementara itu, pelakon hebat lain seperti Kim Soo-hyun, Kwon Na-ra, Jo Bo-ah, Kim Si-eum, Kim Moo-yeol, Yoo Jae-myung, Lee Jung-eun dan ramai lagi juga dijangka akan tampil dalam drama yang sama.

woo dohwan

Jika Woo Do-hwan menerima tawaran tersebut, dia dilapor akan memainkan watak sebagai Lee Min-seok iaitu Ketua Pegawai Eksekutif laman portal terbesar Korea Selatan dan rakan sekelas sekolah menengah kepada watak Kim Soo-hyun.

Nantikan info lanjut mengenai “Knock Off”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Edaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...