Ikuti Kami:

Woo Dohwan Akui Rasa Lebih Yakin Terima Cabaran Lepas Tamat Tentera

Woo Dohwan Akui Rasa Lebih Yakin Terima Cabaran Lepas Tamat Tentera

Baru-baru ini dalam sesi temu bual bersama majalah terkenal 1st Look, Woo Do-hwan berkongsi mengenai bagaimana hidupnya berubah selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya.

Semasa sesi penggambaran, Woo Do Hwan menunjukkan sisi ‘sporty’ dengan bergambar di sebuah gelanggang, dan dia memaparkan daya tarikan lelaki.

Dalam sesi temu bual selepas penggambaran, Woo Do-hwan ditanya bagaimana cara pemikirannya berubah selepas perkhidmatan tentera. Dia terus terang menjawab,

Saya rasa saya telah mengurangkan beban yang saya ada selama sepuluh tahun. Setiap hari sebelum memasuki tentera, saya akan berfikir sama ada untuk menyertai tentera setahun kemudian atau dua tahun kemudian. Saya berfikir banyak semasa saya bekerja pada projek juga.

Saya rasa saya mempunyai keinginan dan obsesi untuk menunjukkan prestasi yang baik kerana saya fikir aliran apa yang saya sedang lakukan akan terputus. Sekarang saya boleh meneruskan kehidupan, nilai, kerjaya saya sebagai pelakon, dan banyak lagi tanpa henti, saya berasa santai, dan saya juga menyedari kepentingan untuk dapat bekerja.

Apabila ditanya tentang perbezaan antara usia 20-an dan 30-an, pelakon itu menjelaskan,

Mula-mula, saya menamatkan perkhidmatan tentera saya. Saya fikir saya harus mengambil lebih banyak cabaran sambil mengembangkan karier saya sebagai pelakon. Kini, saya menjadi lebih bebas dan berani dalam pilihan yang saya buat. Saya juga lebih santai. Dalam usia 20-an, saya hanya terus ‘berlari’ ke hadapan.

woo dohwanKemudian Woo Do-hwan menggambarkan dirinya, berkata,

Mungkin kerana bunga forsythia berhampiran tempat penggambaran itu mekar dengan baik, jadi saya telah berfikir bahawa ia akan menjadi cantik jika ada rama-rama di atas bunga itu. Saya rasa saya mahu menjadi rama-rama yang boleh pergi ke mana-mana dengan bebas. Jika ada tempat yang memerlukan saya, saya akan terbang ke mana sahaja ia berada.

Betul juga apa yang dikongsi oleh Woo Do-hwan. Kita perlu mempunyai pilihan untuk bergerak secara bebas dalam kehidupan, baru lah kita tak merasa terbeban dengan apa-apa kan? Semoga Woo Do-hwan akan terus menyinar seperti ‘rama-rama’!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...